Salam and hey traveler!
Sleeper train atau Rail Tourism kini menjadi satu trend travel dikalangan traveler. Malaysia tidak terkecuali terkena tempiasnya semenjak zaman Covid yang lalu dimana "sleeper train to Dabong" menjadi sangat terkenal dan tidak berhenti orang ramai mahu merasai pengalaman bercuti dengan menaiki tren.
Boleh baca di sini : Pengalaman Saya Menaiki Sleeper Train to Dabong dan Pasir Mas Kelantan
Seiring dengan itu, pihak KTMB telah melancarkan produk terbarunya Railway To See Malaysia (RTSM) Excursion Train Edisi Promising Perak. Wait, kenapa Perak? ini adalah bersempena dengan Tahun Melawat Perak 2024.
Tren khas ini bukan ada pada setiap hari tau guys! Tren RTSM Edisi Perak dari Kuala Lumpur ke Taiping ini telah dijadualkan untuk beberapa tarikh. FYI train ini juga akan berhenti di 5 stesen iaitu; Batu Gajah, Ipoh, Kuala Kangsar dan Taiping. korang boleh refer schedule train di bawah.
Dan baru-baru ini saya bersama teman-teman berkesempatan menaiki tren khas dari Kuala Lumpur menuju ke Taiping, Perak. Istimewanya tren ini ialah tren konvensional menggunakan lokomotif diesel yang kini tidak lagi digunakan di laluan Utara. Namun, yang lagi istimewanya ialah tren ini turut dilengkapi dengan koc Chillax, koc Karaoke, koc Café selain dari koc tempat duduk yang ditawarkan.
Berapa Harga Tiket?
Sebanyak 36 tempat duduk untuk koc kelas pertama ditawarkan dengan harga RM74 sehala dan 240 tempat duduk untuk koc kelas kedua ditawarkan dengan harga RM51 sehala untuk tren ini.
Macam Mana Nak Beli Tiket?
Pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS), laman sesawang KTMB (www.ktmb.com.my) atau mesin kios tiket.
Selain itu, Koc Cafe yang ada pula sangat selesa dan lengkap! Mampu memuatkan 32 pax dalam satu masa dan yang penting pilihan makanan dan minuman yang ada memang menarik dan pelbagai. siap ada masakan panas ye, korang tinggal order je! time ni lah korang boleh "lepak" makan bersama member-member sambil menikmati permandangan nan indah sepanjang perjalanan.
Yang pasti, Koc Chillax dan Koc Karaoke adalah koc favourite saya. haha dan kami sangat bertuah kerana pada waktu perjalanan kami menuju ke Ipoh ini, Aizat Amdan telah diundang untuk menghiburkan kami semua di Koc Chillax. pergh mana nak dapat live showcase penyanyi terkenal dalam train yang sedang bergerak guys?! ye sebagai salah sorang peminat Aizat Amdan yang bersuara lunak ini, pengalaman ini sangat manis dan tidak saya lupakan :)
Maklumat Lanjut?
www.ktmb.com.my | Pusat Panggilan KTMB di talian 03 - 9779 1200.
#RTSMxVPY2024 #RTSMExcursionTrain #railwaytoseemalaysia #RTSM #KTMB #TourismPerak #inspiringmomentbyKTMB #PromisingPerak
xoxo
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Thanks for reading!