Salam and Hi Outdoor freaks!
Daerah Jeli sebenarnya sudah berada dalam list saya semenjak dulu lagi HAHA masa tu member ore Kelate dok gi explore nature yang ada di daerah Jeli itu. orang kata memang dah teracun lah cuma tunggu masa je and for your information, negeri Kelantan tidak asing bagi saya kerana sering juga lah saya ke sana.
Basically untuk transportation, perjalanan dari Kota Bharu ke Jeli mengambil masa selama 1 jam 20 minit dengan kereta. jangan risau kalau korang naik flight KUL - KBR, ada juga bas yang available dari Kota Bharu bus station to Jeli. boleh check online juga ya cuba sini my.busonlineticket.com
Sudah intro ringkas dulu, nanti saya ceritakan lagi tentang JELI, KELANTAN secara lebih deep dalam post yang lain ya. untuk post ni kita fokus kepada 5 Air Terjun dan Lata Yang Outdoor Lover Wajib Pergi lagi-lagi bila ke negeri Kelantan Darul Naim ini.
AIR TERJUN DIWALE @ LATA MAWOO
Air terjun ini menjadi viral kira-kira pada zaman Covid lah. bila saya tanya kenapa nama jolokan "Diwale" diberikan pada yang pada asalnya diberi nama "Air Terjun Mawoo" ini? adakah disebabkan rupa air terjun ini seakan-akan Seljalandsfoss Waterfalls di Iceland, lokasi filem "Dilwale" lakonan Shahrukh Khan dan Kajol tu??
Bila dirisik-risik HAHA katanya bukan tapi disebabkan ada satu video viral yang kebetulan menggunakan lagu background dari filem "Dilwale" itu. LAH MACAM TU PUN BOLEH ya! HAHA orang kita memang kreatif. anyhow, tak salah jika saya katakan air terjun ini menjadi viral kerana sememangnya ia cantik dan unik dek kerana gabungan 2 air terjun yang tinggi dan jatuh di tempat yang sama.
Terletak di Kampung Lawar, Jeli, Kelantan. Memerlukan kenderaan 4X4 untuk masuk ke dalam atau jika gigih korang boleh je lah trekking dari jalan luar. mungkin mengambil masa lebih kurang 30 minit. Kawasan air terjunnya tidak lah terlalu besar untuk bermandi-manda jika sekumpulan pelawat datang menyergah dalam satu masa tapi seriously, worth the visit!
LATA HOKKAIDO
Atau juga dikenali sebagai Lata Cuit Kampung Janggut, Sungai Long, Jeli Kelantan. Lata yang terletak di bawah satu jambatan ini berbatu-batu dan kelihatan seakan di Hokkaido. saya rasakan waktu sunrise or sunset adalah the best time to visit kerana pasti lata ini kelihatan lebih indah. sayangnya waktu saya sampai ini adalah tengah hari buta, namun disarankan korang turun ke bawah dan berjalan sedikit ke hujung ada tempat yang lebih teduh untuk bermandi atau pun sekadar "healing".
LATA KASHMIR
Lata yang mendapat jolokan Kashmir ini dikatakan kerana geografinya mirip di Kashmir. Permandangan padang rumput yang luas, dikelilingi bukit dan pokok-pokok yang menghijau dan kadang ada juga lembu kempung yang sedang meragut rumput menambahkan lagi keindahan permandangan di sini.
Dikenali juga sebagai Padang Rumput Kashmir Kg Lawar dan terletak lebih kurang 10 hingga 15 minit dari kampung Gunung Reng. Punca air lata ini adalah daripada Empangan Pergau yang berada di sebelah sahaja, jadi berhati-hati ketika mandi. Pastikan korang peka dengan perubahan paras air dan warna air kerana pihak Empangan Pergau akan membuka pintu air pada waktu tertentu.
Sangat sesuai untuk bermandi-manda atau aktiviti yang lain seperti water rafting, tubing mahupun bermalam dan berkhemah di sini. Pelbagai kemudahan ada disediakan oleh pemilik kawasan ini seperti pelantar kayu dan bagi yang mahu bermalam, korang boleh sewa tapak perkhemahan dan ia datang sekali dengan set khemah, sinki dan tempat BBQ. serba lengkap! Jangan risau di sini ada kaunter, korang boleh walk-in sahaja.
Bayaran parking sebanyak RM3 dikenakan untuk pengunjung dan sewaan RM10 (all day) untuk tapak berkelah (pelantar kayu). Manakala RM200 per boat (5 pax) untuk aktiviti water rafting.
LATA TURBO
Terletak di Jalan Hidro Pergau, juga di dalam Kampung Lawar berdekatan sahaja dengan Gunung Reng. Airnya dikatakan deras seperti "turbo" dan disebabkan itu lata ini diberikan nama tersebut. namun, ketika kunjungan saya di kala tengah hari buta HAHA dan bukan di waktu musim hujan atau air pasang, maka air di lata ini kelihatan cetek sahaja dan tidak seronok untuk bermandi-manda. nampaknya kena repeat la ni!
LATA JANGGUT
Ini adalah lata kegemaran saya diantara yang telah disenaraikan di atas kerana kawasannya yang sangat lapang dan airnya yang "dalam" memang seronok betul bermandi-manda di sini! jangan risau jika korang kurang atau tidak pandai berenang kerana Life Jacket untuk disewa ada disediakan. tidak salah saya RM5 per unit dan oh ya ada juga "Baywatch" yang ditugaskan menjaga dan memerhatikan pengunjung-pengunjung yang bermandi di sini. great efforts guys!
Air terjun yang mempunyai tiga tingkat ini menyediakan pelbagai aktiviti selain sekadar bermandi, ada tubing dan ada juga swinging rope untuk yang gemarkan cabaran. sangat sesuai untuk aktiviti berkelah berama keluarga kerana terdapat pelbagai kemudahan disediakan seperti tandas awam, wakaf, surau, tapak perkhemahan, ruang parkir kereta dan ada juga aktiviti "Jungle Trekking".
Trip ini dibawakan oleh Tourism Malaysia dengan kerjasama Tourism Malaysia Wilayah Timur dan Majlis Daerah Jeli terima kasih di atas jemputan dan segala layanan baik yang diberikan kepada saya dan rakan-rakan media sepanjang trip ini berlansung. semoga kita semua bertemu lagi! :)
xoxo
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Thanks for reading!