Sunsuria City Run - my first run for 2023

Salam and Hi Runners!

ah begitu dah ada segment "Hi Runner" uols HAHA actually saya selalu je join run event ini as you could see in my instagram feeds cumanya saya jarang berkongsi di blog. my bad haha ok salah satu azam tahun 2023 saya ialah untuk lebih kerap update blog ini dan saya pasti Sunsuria Run event ini bukan lah the only run event yang saya join tahun 2023. so, i promise you that there will be more guys.

It is only January and to be honest, i am so proud to kick start the year with participating in this event. huge thanks to my dear #RunningBuddy Tuan Megat for inviting and pursuing haha and prouder to say that we both join dua event on that same day, the AM session 10km and the PM session 5km. what a productive Sunday, haha congrats Suzai and the gang!

SUNSURIA CITY FOODIETHON RUN



The AM session is actually named as Foodiethon Run in which there is a food-truck section as part of the event. Yup Oh No! bukan lah berlari sambil makan guys HAHA cumanya event ini seakan festival dimana pihak penganjur meyediakan gerai jualan makanan (foodtrucks), permainan karnival, gerai foto, persembahan busker dan banyak lagi. hence, the name!

Larian ini terbahagi kepada dua ketagori iaitu 5km and 10km. saya dan Tuan Megat juga Tuan Hakimie menyertai kategori 10km dan our flag off was around 7.20 am. laluan yang disediakan agak menarik dimana kami perlu melalui beberapa kawasan perumahan sekitar "Sunsuria City". pertama kali juga lah saya masuk ke kawasan ini Wow cantik juga rupanya ya. so, takde lah pishang sangat nak menghabiskan larian 10km tu walaupun the route is looping HAHA means that 5km done and you need to do another loop of 5km.


SUNSURIA CITY NEON NIGHT RUN




So, the PM session was also held on the same date of 8th January 2023. I would say that this session is kinda the highlight of the whole event. Crowd lebih ramai dan meriah pada malam hari dimana "Sunsuria City Neon Night Run" menarik lebih ramai pelari. secara anggaran kasar saya lebih dari 300 orang peserta yang menyertai acara larian malam ini.

Namun larian malam ini hanya mempunyai satu kategori iaitu 5km dan berkonsepkan larian secara santai. dengan itu dapat saya lihat ramai ibu bapa yang mengambil peluang beriadah bersama anak-anak mereka dengan membawa anak-anak berlari bersama. serious lah, saya selalu kagum dengan kegigihan ibu bapa yang aktif macam ini HAHA semoga bila dah beranak nanti Suzai pun kekal aktif dan gigih ye amin!

So, sekali lagi, saya, Tuan Megat, Tuan Hakimie dan Dedayah yang baru menyertai kami berlari melalui laluan yang sama. HAHA namun tidak lah rasa bosan kerana siang dan malam menyajikan permandangan dan rasa yang berbeza. Overall it was fun, thanks guys hashtag #RunningBuddies !

Tahniah SunsuriaBerhad dan JomRun di atas kelancaran event ini. Semoga "Sunsuria City Run" event ini berjaya menjadi acara tahunan supaya dapat menggalakkan rakyat Malaysia untuk terus hidup secara aktif dan sihat. thanks for reading guys, to the next run we go!

#JomRun #Sunsuria #SunsuriaCityFoodiethon #SunsuriaNeonNightRun

xoxo

Post a Comment

0 Comments