PUTRAJAYA CULTURAL RUN 2022 - my final run for 2022



Official launching and flag off at 8am!

Pelancongan Sukan (Sports Tourism) merupakan salah satu sektor  sedang berkembang pesat di Malaysia pada ketika ini. Penganjuran acara-acara seperti larian santai (fun run) dan kayuhan santai (fun ride) seringkali menjadi tumpuan dan minat komuniti setempat dan luar dari pelbagai peringkat usia, bangsa dan budaya untuk menyertainya.

 

PCR yang julung kalinya dianjurkan di Pusat Pentadbiran Negara ini dimana ianya telah menarik seramai 1500 orang peserta serta penyertaannya menawarkan pengalaman berbeza dimana larian santai ini akan menggabungkan unsur sukan, seni dan budaya. 

 

PCR menawarkan dua (2) kategori jarak larian iaitu sejauh 4KM & 7KM yang akan bermula di Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya dan akan menelusuri laluan  mempromosi “10,000 Langkah Putrajaya” di sepanjang persisiran tasik Core Island yang memaparkan keindahan dan keunikan Putrajaya. 


 

Tema PCR pada tahun ini adalah berkonsepkan kebudayaan dimana peserta digalakkan mengenakan kostum atau berpakaian Tradisi Masyarakat Majmuk Malaysia seperti baju melayu, baju kebaya, sarong, cheongsam, sari, baju burung, ngepan Iban, gaung, sinuangga dan lain-lain lagi.


                                      

Saya dan #RunningBuddy En Megat Harris menyertai larian 7km dan berlari mengelilingi tasik Putrajaya yang sesungguhnya sangat indah. Hal ini yang menarik minat saya secara peribadinya bila saja menyertai acara fun run di Putrajaya kerana permandangan persekitarannya sangat cantik dan tidak pernah jemu untuk dinikmati. Jadi apa lagi sambil berlari, sambil bergambar lah haha



Tahniah kepada para pemenang. saya sangat kagum dengan kegigihan mereka yang mengikut tema sambil berlari, pergh memang padu! betul ada hadiah yang disediakan untuk "pakaian kostum terbaik". PCR 2022 turut mendapat sokongan pihak penaja iaitu ANBOT Store, pengedar produk-produk outdoor dan Studio Kembara, penerbit filem epic terbaru Mat Kilau.



Done and dusted, bye 2022. until my next run!

xoxo

Post a Comment

0 Comments