Pengalaman Menaiki Sleeper KTM Dari Gemas ke Pasir Mas Kelantan

Salam and Hi Traveler! 

Walaupun sleeper train journey ini dah viral terok haha still sy rasa worth to share my own story as different people has different experiences! awal tahun ni sy dan sahabat saya geng #Lipakers ada wedding member kami di Pasir Mas, Kelantan. so instead of driving or flying, we decided to naik train berjemaah dari Gemas ke Pasir Mas. lebih 60% of coach F kami conquer! Dah macam rombongan Cik Kiah dah memang meriah dari mula perjalanan sehingga lah keesokan paginya.




🚂 ROUTE 1 : Kajang -> Gemas

Well tak kira lah korg berada di mana pun korang perlu pergi ke stesen KTM Gemas kerana ianya adalah stesen intersection ke Kelantan! So stesen yang paling dekat dgn rumah sy ialah stesen KTM Kajang. Kebiasaannya, ramai yang naik dari KL Sentral, TBS atau pun Seremban. Sila lihat gambar MAP / Train Route di atas untuk pemahaman yang lebih jelas.


🚂 ROUTE 2 : Gemas -> Pasir Mas

So perjalanan yang menjadi pilihan kami ialah dari station KTM Gemas ke KTM Pasir Mas yang mengambil masa 12 jam secara total. FYI Ini bukan station yang terakhir kerana korang boleh pergi sehingga ke Tumpat. Sy sangat cadangkan korang beli “sleeping bed” instead of “seating” kerana 12 jam itu panjang ye guys dan keadaan di dalam coach sangat selesa, sejuk teramat dan lena lah tidur sehingga ke subuh! 😂




🚂 HOW TO BOOK   

Basically ada 2 cara utama, samada melalui Laman Utama KTMB atau download sahaja apps “KTMB” dalam phone korang. Ini sangat memudahkan kerana sy sendiri sudah few times menggunakan apps ini samada utk “check” harga tickets dan availability selain untuk membeli ticket. Guys if you have particular condition, please ensure that you guys do the booking 3 months prior to your visit! Otherwise semua sold out nanti yg tinggal hanya seating area je.


Official Web : https://www.ktmb.com.my



🚂 HOW TO PICK : Upper berth (Uberth) / Lower berth (Lberth)


Honestly, UPPER berth jauh lebih privacy tapi DOWNSIDE di bahagian atas ini ruangnya sangat terhad dan tiada “full window”. Hanya ada tingkap kecik yang tinggi tak nampak luar pun. Ye kalau aim korang hanya untuk berehat silalah pilih UPPER BERTH, tidur lelap habis haha dan sejuk teramat ya. Yup please sila bawa sweater guys! Ops dan saya rasa untuk yang bertubuh agak besar dan tinggi, mungkin kurang selesa lah, jadi saya sarankan korg spend a little bit and beli LOWER BERTH. 


Walaupun harga LBerth lebih sedikit dari UBerth tapi bahagian bawah ini selalu sold out lebih awal! 😅 obviously, di bahagian bawah lebih convenient, tak perlu panjat tangga dan terasa lebih luas. selain mempunya "Side table" apa yang lebih menjadi rebutan ramai ialah "Full window" dibahagian bawah ini sangat menarik dan instagrammable!


FYI COACH KATIL bermula dari T6-T8 sahaja yang di bahagian depan semua seated coach ya. menurut pengalaman saya sendiri pun elakkan katil yang bersebelahan pintu HAHA memang tak lena lah korang nak tidur sebab orang lalu-lalang bukak tutup pintu apa lagi yang berdekatan dengan cafe yang terletak di COACH 5. untuk details TIPS & PEMILIHAN bed sila rujuk blog brader ni  surgaroute.com memang terbaik!


🚂 STATION : Dabong & Gua Musang

Antara station yang popular untuk korang turun sekejap ialah “Dabong” untuk membeli sarapan pagi dan “Gua Musang” untuk bergambar berlatarbelakangkan Gua dan Keretapi. Namun sayangnya 😂 pada waktu trip ini keretapi kami tidak berhenti di Dabong dan hanya berhenti selama 5-10 mnts di Gua Musang stesen dan kami tidak dibenarkan untuk turun. Takot sat gi ada yang tertinggal pulak! Hahaha takpe la takde rezeki.


🚂 FACILITIES 

Available : Toilets, 24hrs cafe, surau, Bed sheet, Pillow

Not Available: Water cooler / Hot water, Shower, Power plugs, Selimut halus je ada so jgn lupa bawa sendiri! Haha


Honestly, kami agak menyesal tak bawak makanan sendiri (masak dari rumah atau tapau je siap-siap dari KL) kerana masing-masing kebuluran malam tu. bayangkan semua dari tempat kerja terus ke stesen dan sampai di KTM Gemas pada jam 12am. kami sangkakan ada lah mamak yang berdekatan untuk alas perut before menyambung perjalanan ke Pasir Mas pada jam 1am haha sekali nan hado! ada lah kedai 7eleven yang walking distance dari stesen so belilah sikit air tin dan roti.


So bila dah naik train tu, masing-masing menyerbu ke cafe train udah penuh umat manusia! HAHA akhirnya geng kami decide tunggu reda sikit dalam jam 230am baru ke cafe makan lah "Nasi Goreng Kosong" kongsi-kongsi. harga OK takde lah cekik darah tapi choice sangat limited lah. lalu kami pun tidur dalam 330am dan berharap train berhenti di stesen Dabong untuk beli breakfast (katanya ada kedai sarapan betul2 depan stesen!) KONONNYA sekali train pada waktu itu tak berhenti pulak di Dabong ke berhenti sekejap sahaja utk turun kan penumpang HAHAHA ini memang kelakar! lalu kami semua terus kebulur sehingga lah sampai di Pasir Mas pada jam 12 tengah hari! HAHA ini salah satu momen yang tak dapat kami semua lupakan!



🚂 OVERALL

This is actually not my 1st sleeper train experience yet sy sangat excited dan happy akhirnya dapat merasainya di negara sendiri pula. Lagi-lagi bila pergi beramai-ramai satu geng mcm ni memang meriah! bukan senang nak dapat satu coach macam ni sebab bed area memang cepat sold out so, kami book advance 3 bulan sebelum tarikh perlayaran. haha Alhamdulillah mission success! Thanks for the memories guys #Lipakers We are the best! 😂🫶🏻

xoxo

Post a Comment

1 Comments

  1. Nak juga rasa pengalaman naik train ker Kelantan ada katil mesti best hehehehe tak pernah lagi ajak kita tau nanti...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Thanks for reading!