10 Tempat Menarik di Gopeng Kampar Perak

Salam traveler!

Walaupun sekarang masih takde rezeki untuk saya travel ke luar negara lagi, Alhamdulillah ada juga lah rezeki kehulur kehilir menjelajah seluruh Malaysia. ah gituh! HAHA ye few weeks ago kita bercerita tentang negara di bawah bayu, Sandakan di Sabah kan ("Things To Do in Sandakan") now, mari kita ke negeri Perak pula. 

Sedikit fakta tentang Kampar. Kampar ialah salah satu daerah di negeri Perak yang terletak di antara bandar Ipoh dan pekan Tapah. terdapat 2 batang sungai iaitu Sungai Kinjang dan Sungai Kampar yang mengairi daerah ini yang menjadikan Kampar salah satu port perlombongan bijih timah yang terpenting suatu ketika dahulu. selain itu, terdapat juga beberapa buah gua yang famous di daerah ini, sat gi kita korek dengan lebih dalam ok. so, here are my TOP 10 PICK (random arrangement!) of what you can do in Kampar, Perak :)

10 Tempat Menarik di Kampar Perak

10) HOGA GAHARU TEA VALLEY

Sudah gaharu cendana pula haa sudah tahu bertanya pula! Eh kemain berperibahasa kita selepas tengok view yang cantik di ladang teh ni. Selama ni sy ingatkan Cameron je ada ladang teh rupanya guys dekat Kampar, Perak pun ada satu ladang teh dari pokok Gaharu ya! 

Bermula pda tahun 1992, seorang usahawan Malaysia Mr David Ho memulakan penanaman hybrid Gaharu (Agarwood) dan sehingga kini terdapat lebih 200,000 batang pokok di ladang ini dan ada yang sudah berusia 25 tahun! Tempat ini sgt luas ye jangan risau tak perlu lah berjalan kaki mengelilingi ladang ni, ada shuttle yang disediakan untuk membawa pelawat-pelawat. Bayaran masuk hanya RM5 per head! BTW Bila saya check on review di Tripadvisor actually tempat ini memang sudah agak terkenal saya keciciran ya. 

Haa tengok lah ni baru sebahagian sahaja ootd shot yang sempat saya rakamkan ketika di HOGA ni, memang penuh lah gallery phone haha sebab semua sudut sangat instagrammable lah! Basically there are 4 spots; Gaharu Cafe, Hugging Trees, Lover Trees and Exhibition and Gallery Hall. Paling saya suka sudah tentu lah di bahagian cafe dan di spot "hugging tree" seriously pokok-pokok gaharu yang ditanam di sini menjadikan kawasannya redup, nyaman dan sangat "picturesque" haa terus mood hindustan onz. Haha korang boleh check out my TIKTOK @sizzlingsuzai puas lah sy paksa member-member jadi hero! 

Selain itu, apa yang u guys boleh buat kat sini ialah merasai segala produk hasil dari pokok gaharu ini. Rupanya macam-macam product yang boleh terhasil ya dari hanya sebatang pokok gaharu contohnya HOGA herbal tea and coffee, HOGA ais krim, beauty items, cook & bake items dan snacks. Tak sangka hanya dari sebatang pokok gaharu boleh hasilkan macam-macam outcomes, creative giler!

Entrance fees : RM5


9) MENARA JAM KAMPAR

Salah satu mercu tanda bandar Kampar dan terletak di tengah-tengah bandar. Sangat mudah untuk dicari tetapi berhati-hati ya guys kerana menara jam ini terletak di persimpangan jalan yang agak sibuk. FYI di negeri Perak ini ada beberapa “menara jam” yang famous yang dibina di pekan-pekan utama seperti Ipoh, Sungai Sipur, Kuala Kangsar, Parit Buntar, Lumut, Parit dan daerah Kampar ini. 

Tujuan asal pembinaan sesebuah “Menara jam” sebenarnya adalah satu simbolik kepada satu peristiwa penting yang perlu diingati oleh semua! Nah ini menjawab persoalan di minda saya haha kerana pada saya setiap “apa yang berlaku” dan “setiap apa sahaja yang dibina di atas muka bumi ini” BERSEBAB! Benda takkan wujud tiba-tiba je guys, so those “unexplained structures” seperti The Stonehenge sememangnya sangat menarik minat saya haha

Apa yang menarik di sini ialah jam di menara ini masih berfungsi dengan baiknya. Ok ketika kami di sini jam kuat berbunyi 4 kali menandakan yang sudah pukul 4 petang! Mempunyai reka bentuk segitiga dan punyai jam disetiap permukaannya. 

Terpahat tulisan “MERDEKA 1957” pada salah satu bahagian menara jam Kampar ini sedikit sebanyak memberitahu kita yang ianya dibina pada tahun 1957.  ye sememangnya menara jam ini dibina khas  untuk menyambut hari kemerdekaan negara kita yang pertama pada tahun 1957 dan ianya dibina dengan hasil wang derma dari penduduk setempat pada waktu itu tau! Allahuakbar betapa kuatnya semangat juang dan sayang kan negara orang-orang zaman dahulu sampai mereka sanggup melaburkan duit sendiri padahal kita pun tahu mereka hidup susah kot?! guys marilah sama-sama hargai KEMERDEKAAN yang kita miliki ni dengan terus mengekalkan keamanan dan keharmonian sesama kita :')

Sumber : orangperak.com


8) DISNEY AVENUE @AGACIA LAND

Seperti berada di suatu dunia yang lain! Bertema kan bandar Eropah dan berkonsepkan dunia Disney, this township is clearly created for content creators! Bangunan 3 tingkat yang berwarna-warni dan setiap satunya berbeza design sangat instagrammable. Memang excited giler saya bila sampai di kawasan ini HAHA actually saya pernah lah tahu kewujudan tempat ini melalui MV clip lagu “Roadblock Hatiku” nyanyian Baby Shima feat Floor 88 yang dirakam di sini cuma belum sempat untuk pergi je.




Lihat sahaja ootd shots yg berjaya saya rakamkan, interesting sgt kan?! Sememangnya kawasan ini kelihatan gah dari pandangan jauh kerana warnanya yang “bold”, namun agak hambar bila diteliti secara dekat. ye kami berasa agak terkilan kerana Bandar Agacia juga menjadi salah satu “mangsa” Covid 19 apabila bertukar menjadi “abandoned town” dalam masa 2 tahun ini, banyak kedai yg masih belum bertuan. Yup sepatutnya kawasan ini mahu bukan sahaja mahu diperkenalkan sebagai tempat bergambar tetapi juga sebagai lokasi membeli belah dan “food hunting”. So semoga pihak bertanggungjawab dapat menaikkan kembali kawasan ini kerana saya yakin ianya berpotensi menjadi salah satu produk perlancongan yg terpenting di Negeri Perak!


Namun untuk tidak mengecewakan kalian, masih ada kedai makan yang kukuh beroperasi di sini dan pada setiap malam Sabtu katanya ada Pasar Malam di kawasan ini. so please guys kalau berada di daerah Kampar ni memang wajib la untuk singgah di Malaysia’s Disneyland ini, waze sahaja “Bandar Agacia” coz im sure u guys takkan menyesal malah akan teruja nak capture “ootd” di setiap penjuru! HAHA guys belakang lorong kedai-kedai ini pun cantik ok dan BERSIH ye. tabik spring!


7) WEST LAKE


Terletak bersebelahan sahaja dengan Bandar Agacia, jadi saya cadangkan selepas berhindustan di bangunan berwarna-warni tu boleh lah u guys sambung berangan di tepi Tasik pulak. Haa hahaha memang lagi feels guys view di tasik ini berlatarbelakangkan bukit bukau ya. It’s actually just a simple recreation area where people normally do their morning walk. Katanya view pagi hari lebih tenang dan serene. selain itu, tasik ini juga terkenal di kalangan kaki pancing? nak tahu lebih kena tanya si kaki pancing lah, En Fared sila jawab on x on? HAHA bagi saya laluan kayu di sini memang sangat cantik untuk ber-photoshoot for your wedding, convo or sekadar untuk memori!


6) WATER RAFTING @SUNGAI KAMPAR

At this moment, you guys need to know that Gopeng terletak di daerah Kampar dan kebiasaannya bila sebut sahaja Gopeng terus kita terbayangkan aktiviti lasak “White Water Rafting” well sangat sinonim dengan Gopeng kan? sebenarnya ini kali ketiga saya datang ke sini dan bermain aktiviti sukan air ini dan jujur saya katakan ketiga-tiga pengalaman saya tu berbeza dan sangat interesting haha ye tak pernah jemu lah.


Bagi saya yang sememangnya gemar kan aktiviti outdoor dan sukan lasak, water rafting di Sungai Gopeng ini memang "fun" sangat lah. seronok bermain air sambil melihat permandangan hijau di kiri dan kanan sepanjang 7km laluan sungai kampar ini yang mempunyai 9 big rapids. secara kasarnya mengambil masa 1 1/2 to 2 hours to complete but let me warn you that it totally depends on the "traffic" yar HAHA malang sikit pengalaman saya yang ketiga kali ni kerana sungai sangat sesak dengan peserta-peserta dari pelbagai group yang berlainan. tambahan pula pada waktu ini bukan lah musim yang terbaik kerana air sungai sedang cetek jadi membataskan sedikit sebanyak kelancaran perjalanan aktiviti kami. jenuh lah menunggu geng-geng yang tersangkut sampai boleh lah kami berehat dan membawang dalam boat tu haha



Namun, aktiviti water rafting bersama rakan-rakan tidak pernah mengecewakan lah HAHA penat betul gelak dari mengayuh pelampung. mulut lagi banyak buat "kerja" dari tangan bila bersama teammates saya ni Hi teammates, Hi Kifli, Hi Zharif and Hi Faris HAHA thanks korang kerana menghiburkan! indeed it was one of the best memory. nanti saya ceritakan pengalaman bermain water rafting bersama #GengKampar ini dengan lebih lanjut di post yang berlainan ya.


There are 4 sessions that you guys can pick which are 8am, 11am, 2pm and 4pm. Harga pakej agak vary kerana ianya bergantung pada pakej pilihan korang dan juga mungkin bertukar mengikut musim namun secara kasarnya you guys boleh expect pricing of RM135 (lite package) and RM175 (inclusive foods, lockers and photos). please go and check out their web for further details or kalau nak booking yar.


More info / Booking : RIVERBUG ASIA


5) PAIP BESAR GOPENG

Apa yang menarik di daerah Kampar ini ialah saya nampak orang-orang di sini sangat menghargai nilai sejarah biar sekecil mana pun mereka akan selami perinciannya dan direkod supaya cucu-cicit mereka tahu kewujudannya. Nah selain “Menara Jam” satu lagi binaan lama yang ditinggalkan di tengah-tengah bandar Gopeng iaitu sebatang paip besar.


Paip besar yang berusia 160 tahun ini ialah salah satu peninggalan sejarah yang jelas membuktikan Perak adalah negeri utama pembekal bijih timah utama negara beratus tahun dahulu. Paip besar yang asalnya 15km panjang ini menyalurkan air dari pergunungan turun ke kawasan perlombongan bijih timah juga ke beberapa kawasan penduduk setempat sebagai bekalan air bersih. oh mengikut sumber sejarah, pada zaman dahulu batang-batang paip yang besar ini ditarik oleh gajah-gajah, bukan mudah ye tapi disebabkan sikap tidak bertanggungjawab dan tamak segelintir pihak yang mencuri paip-paip ini akhirnya meninggalkan "cebisan" sahaja untuk kita selami seperti yang dilihat di dalam gambar ini, paip ini hanya tinggal 200m panjang sahaja guys! 


Source : www.orangperak.com



4) CAVING @GUA TEMPURUNG

Selain aktiviti sukan water rafting tadi, Kampar juga sangat terkenal dengan aktiviti Caving. Ini juga adalah pengalaman saya yang kedua melakukan aktiviti caving di dalam Gua Tempurung tetapi ingin saya tegaskan kedua-dua pengalaman itu sangat berlainan dan keduanya sangat fun! pelik kan? tempat yang sama malahan aktiviti yang sama, namun rasa nya tidak HAHA ianya kerana bila u guys pergi dengan group yang berlainan sudah pasti "drama" nya juga berlainan dan laluan di dalam gua ini boleh diatur oleh guide. jadi saya yakin setiap lawatan korang pasti takkan sama lah!


Untuk yang tidak pernah cuba lagi aktiviti ini, caving actually means cave exploring in terms of berjalan, merangkak, sliding or mungkin juga berenang! ha menarik kan memang berpeluh, lencun habis lah baju lagi-lagi jika guide korang bawa ke "wet area", dimana memerlukan korang untuk merangkak di dalam anak sungai yang mengalir sepanjang 1.6km di dalam gua ini. part ni memang fav saya lah HAHA


Gua Tempurung sangat terkenal di kalangan pelancong kerana nilai komersialnya. mempunyai panjang lebih 3km, gua ini menjadi salah satu yang terpanjang di semenanjung Malaysia. you guys can make early booking or walk-in (not recommended because it is always pack with tourist!) at the counter area. easy peasy, ada banyak kedai makan di area luar gua selain bilik mandi, surau dan kedai-kedai serbaguna yang lain.


Ada pelbagai pakej yang ditawarkan, paling basic untuk yang hanya mahu masuk ke dalam dan merasai pengalaman masuk ke gua ini melalui "Laluan kering" tiket hanya RM12 / ADULT. Namun jika mahukan pengalaman yang sebenar dan lebih challenging saya sarankan u guys pilih pakej "Laluan basah" yang akan mengambil masa selama 4 jam atau lebih tiket hanya RM30 / ADULT.


More info : www.facebook.com/guatempurung



3) MELAWAT GUA KANDU

Pertama kali saya sampai di Gua Kandu dan agak teruja melihat keadaan luarnya yang agak misteri. Mungkin kerana tiada orang lain melainkan kumpulan kami ketika itu. Berbeza sekali dengan Gua Tempurung yang sangat komersial dan dipenuhi pelancong all the time. Gua Kandu ini dikatakan masih hak milik persendirian dan u guys wajib mempunyai guide untuk masuk dan melakukan sebarang aktiviti. Obviously saya dan rakan-rakan hanya sempat berposing “maut” sahaja di persekitaran gua ini dek kerana tidak cukup masa.


Namun, menurut rakan blogger saya Sis Eintan Nurfuzie yang pernah melakukan activity caving di dalam Gua Kandu ini, di sini lebih mencabar berbanding Gua Tempurung kerana laluannya lebih natural berbanding Gua Tempurung yang sudah mempunya banyak fasiliti seperti anak tangga dan lampu-lampu. Namun, the major difference about these 2 caves is this Gua Kandu is Dry and Dusty! In saying that yes Gua Tempurung mempunya wet area yang agak besar seperti yang diceritakan tadi. So panjang Gua Kandu ialah 1,100m dan secara kasar mengambil masa 2 jam untuk complete. insyaallah ada rezeki kita datang semula ke sini dan buat aktiviti caving di Gua Kandu pula!


Jika u guys berminat untuk explore Gua Kandu, boleh try to check on this : RIVERBUG ASIA



2) ILHAM SENI @KAMPAR

Nah salah satu penaiktarafan yang dilakukan oleh pihak MDK, Majlis Daerah Kampar ialah mewarnai kembali lorong-lorong di bandar ini dengan mural yang beridentitikan daerah Kampar ini sendiri dan diberikan nama “Ilham Seni @Kampar”. Produk perlancongan ini baru sahaja dilancarkan dan dirasmikan oleh YB Dato' Nolee Ashilin Bt Dato' Mohamed Radzi, Pengerusi Jawatankuasa, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perlancongan dengan amat meriah sekali. seronok betul kami pihak media diberikan keistimewaan untuk bersama-sama "merasmikan" lorong seni ini dan diberikan penjelasan untuk setiap mural yang dilukis oleh Persatuan Pelukis Perak.



Lorong seni yang mempunyai panjang 250m dan melibatkan 4 blok A, B, C dan D kini lebih ceria dan "selamat" untuk dilalui. lebih 20 lukisan murah yang mengisahkan segalanya tentang Kampar yang you guys perlu tahu dari segi keindahan alam semulajadinya, makanannya tradisinya, budaya dan sejarahnya seperti contoh Gua Tempurung, Bunga Rafflesia, Burung Heron, Water Rafting di Sungai Kampar, Aktiviti mendulang bijih timah, Lompat Getah dan banyak lagi. Jangan risau jika kurang familiar dengan apa yang dilihat kerana ada QR code yang boleh diimbas di setiap mural.


Seiring dengan zaman instagram dan tik tok ini dimana ramai antara kita yang gemar mengabdikan kenangan dan gambar-gambar di dalam platform media sosial di tempat-tempat yang "attractive", jadi inisiatif pihak MDK untuk menarik lebih pelancong ke Kampar ini sangat bijak! lokasi pekan ini terletak di laluan utama Ipoh-Kampar, waze sahaja "Ilham Seni Kampar" lebih mudah. jadi jangan lupa singgah ya guys.


1) NASI WANGGEY MALIM NAWAR @IQA CORNER 


Ha asyik berjalan, beraktiviti dan bergambar je, sure penat dan boleh jadi kebuluran ni! HAHA so alang-alang tu meh saya suggest kan satu kedai makanan yang WAJIB korang singgah bila ke daerah Kampar ini. kedai makan IQA CORNER yang terletak di Malim Nawar. apa yang terkenal di sini? kalau di Ipoh kita cari Nasi Ganja kan? so di sini you guys kena cari Nasi Wanggey. bagi saya keduanya tidak jauh beza pun dari segi pilihan lauk dan hidangannya, Nasi Putih bersama Ayam Goreng (atau apa sahaja lauk yang korang pilih) dan dituangkan kuah kari campur dan banjir, pergh memang terbaik! oh jangan lupa condiments yang wajib sayur Bendi rebus dan Telur asin!! perghh meleleh air liur terbayangkan nikmat kepekatan kuah dan sambal-sambalnya. HAHA ready untuk tangan berbau kari ye guys!

Memang famous kedai ketika kami sampai untuk makan tengahari, ramai customer yang sedang beratur panjang ya. jangan risau kedai ini dibuka pada sewal 830am sehingga 630pm, panjang masa operasi tu guys insyaallah takkan kepunan lah HAHA janji jangan datang hari Sabtu pula kerana mereka tidak beroperasi ya. Selain dari nasi wanggey, you guys juga wajib cuba Kari Kepala Ikan, Mee Rebus dan Laksa mereka. memang terangkat!


say hi tu my #GengKampar KifliMally Faris NuarPenaberkala MahaMahu AbgIpinz Zharif IenaWahab Mariam Eintan Syu and Neyra till we meet again guys. thanks for the memory!

Anyhow, as usual trip with my media clan never fail lah. tak pernah tak fun dan kali ni lagi lah happening, some of them i dah kenal dari zaman hingusan berblogging lagi seawal tahun 2010 wei! pergh 12 years back OK tua nya rasa haha memang masing-masing dah tua pun tapi tak sedar diri ye HAHA kerana kami berjiwa muda remaja uols! thanks guys for a great memory and thanks also the MDK team you guys are bok! insyaallah kita bertemu di masa yang berlainan and thanks kak Haida and Neyra for inviting. i have a blast moment never forget insyaallah :,)

Thanks for reading!

This trip is brought to you by Majlis Daerah Kampar & Perak Tourism.

#BeaYOUtifulKampar

xoxo

Post a Comment

2 Comments

  1. Gambar kita ada kat dalam blog hebat dan meletop ni hehehe rasa bangga lak...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Thanks for reading!