kadang rasa itu seperti terlalu benar
datang dari dua pasang mata itu
merenung tepat ke hati aku
kononnya seperti aku tidak nampak padahal debar di hati Tuhan yang tahu
kadang rasa itu seperti terlalu benar
datang dari tutur bicaranya
yang lembut menyapa telinga
yang membuatkan aku mahu mendengar
dan yang hanya aku sahaja tahu pabila kita tinggal berdua
kadang rasa itu seperti terlalu benar
datang dari reaksinya
yang seperti kita sama-sama sedang melihat perkara yang sama
dan kita sama-sama takut untuk mula bicara
kerana kita sama-sama takut akan pengakhirannya
yang sebenarnya kita sama-sama tidak tahu pun apa akhirnya
kerana kita hanya takut, takut untuk mencuba.
Written by
SS 280822 03:15
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Thanks for reading!