Keterujaan Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke 65


Salam Merdeka 2022 wahai Malaysia ku!

Semangat merdeka tahun ni lain macam! yep ramai yang setuju dengan fakta ini kerana beribu-ribu warga Malaysia yang "turun padang" untuk sama-sama meraikan hari yang bersejarah ini, syukur! lebih dari 100,000 warganegara dikatakan membanjiri Dataran Merdeka Kuala Lumpur untuk menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan pada pagi semalam. saya sendiri merasakan kemeriahannya ketika menyertai sambutan "Ambang Merdeka" di KLCC park pada malam sebelumnya. serius walaupun bukan lah di lokasi utama (iaitu Putrajaya) tetapi ramai yang hadir dan teruja untuk menanti detik 12am, meriah gile wei!

Thanks to the pandemic Covid-19, selama bertahun-tahun tarikh keramat 31 ogos ini terasa semakin sendu dan hambar dan seakan tidak dihiraukan oleh generasi muda masa kini. malahan semakin hilang aura nya. namun, melihat kepada keadaan semalam, bermula dari malam ambang kemerdekaan sehingga lah pagi hari perarakan, rakyat Malaysia berpusu-pusu ke luar dari rumah untuk sama-sama meraikan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke 65. Alhamdulillah.. we are back guys!

Sambutan di KLCC malam ambang kemerdekaan cukup sederhana dengan alunan orkestra, tiada persembahan artis tempatan mahupun bunga api yang ditunggu-tunggu oleh saya dan sahabat. HAHA ada sedikit kekecewaan di hati kami, namun KEMERIAHAN DAN KETERUJAAN warga Malaysia dan Non Malaysia yang hadir sangat awesome. meremang bulu roma bila laungan 7X MERDEKA bergema pada tepat jam 12am dan nyanyian lagu "Negaraku" memenuhi setiap ruang perkarangan taman KLCC. membara-bara semangat patriotik dalam diri ini! gosh saya sayang Malaysia ku (T.T)

Semangat patriotisme semamangnya harus dipupuk di setiap jiwa, tidak kira yang tua atau muda! orang lama sudah tentu lebih kuat rasanya kerana mereka melihat dan merasakan sendiri betapa peritnya zaman dijajah dahulu. namun, untuk saya sebagai mewakili generasi muda, biarpun tidak berada pada zaman itu, seringkali air mata menitis bila melihat gambar-gambar atau pun menonton filem yang berkaitan dengan zaman penjajahan. sedih wei selalu terfikir mampu kah aku bertahan dan sekuat mereka jika aku berada di zaman itu? Alhamdulillah syukur dilahirkan di generasi yang merdeka ini, maka hargai lah kehidupan yang kita nikmati sekarang wahai anak muda sekalian!

"KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA"

Menjadi tema pada tahun ini membuatkan saya selalu berasa bangga menjadi rakyat Malaysia yang hidup dalam berbilang kaum. we always heard that non Malaysian selalu rasa pelik namun teruja dengan semangat kesatuan kita yang boleh duduk di sebuah meja dan makan makanan yang sama dalam keadaan yang sangat harmoni. c'mon lah saya sendiri mempunyai ramai kawan yang berbangsa lain seperti Cina, India, Iban dan banyak lagi. kita juga turut sama-sama meraikan perayaan masing-masing tanpa ada rasa ragu dan jelik?? apa tu? saya suka meraikan kepelbagaian ini sebab personally, it is always so interesting to learn about others!

Ingat Malaysia ku, biarpun apa yang melanda kita, rusuhan politik? kejatuhan ekonomi? ayoh kita berganding bahu dan percaya pada kata-kata keramat ini "Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh!" bangkit Malaysia, jangan malu untuk tunjukkan semangat cintakan negara dan mari kita teruskan HARUMKAN NAMA NEGARA kita! semoga semangat ini terus kekal sehingga ke tahun 2023, 2024 dan selamanya amin..


SELAMAT HARI MERDEKA, MALAYSIA BOLEH!

xoxo

Post a Comment

0 Comments