“CMBF2019
menyediakan sesuatu untuk semua peringkat masyarakat. Jika anda adalah seorang ‘foodie’
atau peminat makanan tegar, maka ini adalah acara yang paling sempurna untuk
anda. Dan jika bukan, CMBF2019 adalah acara yang sesuai dikunjungi bersama
keluarga dan rakan taulan bagi meluangkan masa di hari minggu dan melihat serta
merasakan pengalaman baru. Kami jamin anda akan terhibur dengan sajian aktiviti
kami,” Adly Rizal CEO kepada FriedChillies
Salam and hey foodies!
FriedChillies, yang sebelum ini telah menganjurkan antara festival makanan terbaik di Malaysia seperti I Eat Nasi Lemak dan Ayam Lejen kini kembali dengan acara baru yang dijamin meletup iaitu Cyberjaya Makan Best Fest 2019 (CMBF2019).
Its a 1-Day event only!
Date : 20 October 2019 (Ahad)
Time : 10am - 8pm
Venue : Rekascape Cyberjaya
Peminat-peminat
kuih karipap juga tentu tidak mahu melepaskan peluang mengunjungi CMBF2019
kerana FriedChillies telah berjaya mengumpulkan antara pembuat dan peniaga
karipap yang terbaik di Malaysia. Hero-hero karipap ini antaranya Karipap
Mutiara dari Pulau Pinang yang begitu dikenali dengan Karipap Rusa mereka yang
sangat lazat dan Karipap King Kong yang dikenali dengan karipap ayam dan daging
mereka yang besar dan tidak lokek inti. FriedChillies juga telah menjemput Karipap
Satay Ayam Mama dari Kajang yang memenuhkan pastri karipap mereka dengan daging
satay yang menggiurkan.
Selain itu, terdapat juga gerai makanan pop-up seperti Pastribella yang dimiliki oleh juara rancangan Masterchef (Season 1) iaitu Dr. Ezani, pelbagai pizza yang unik dari myPizzaLab, Nasi Lemak Angah dari Jalan Ipoh yang sangat popular dan brisket daging yang menggegar jiwa dari Beard Brothers BBQ.
Menarik juga di CMBF2019 adalah Kuih Lejen yang bakal menampilkan pakar-pakar serta veteran di dalam industri pembuatan kuih di negara ini seperti Mak Jah dan La Cucur, serta Mok Teh yang dikenali dengan kuih-kuih dari Pantai Timur Malaysia dan Apom Johol dari Negeri Sembilan. Selain itu, FriedChillies juga telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan kelas Masterclass pembuatan kuih secara percuma kepada pengunjung (termasuk untuk kanak-kanak) di mana pihak umum dapat belajar cara-cara yang betul untuk membuat kuih.
OK guys, see you there!
Media Social
Page | www.friedchillies.com
Facebook | www.facebook.com/friedchillies
Instagram | www.instagram.com/friedchillies
xoxo
1 Comments
so yummy!! hi suzai .. bile nak travel sesama? hahaha bye
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Thanks for reading!