Salam Ramadhan!
"Ini adalah kolaborasi pertama saya bersama jenama fesyen. Saya bersetuju untuk jalinkan kolaborasi ini kerana MC Vogue sendiri sentiasa mengeluarkan pakaian dengan harga yang berpatutan kepada ramai orang. Ia tepat dengan konsep saya yang bergaya dengan gaya berpatutan atau ukur di badan sendiri" Elfira Loy
MC Vogue kini menjadi jenama tempatan dengan lebih 20 cawangan di seluruh Malaysia. Malah nama MC itu sendiri sebenarnya merupakan akronim kepada Muslimah Collection dan diusahakan oleh pasangan suami isteri Teff and May sejak tahun 2012 lagi. Dengan konsep pakaian moden untuk golongan wanita yang menitik beratkan cita rasa yang sopan, anggun dan masih kekal bergaya, jenama MC Vogue ini sudah mampu membina kelompok aliran pengikutnya sendiri yang sentiasa mempercayai kualiti jahitannya. Elfira Loy X MC Vogue "Fairy Forest"
Hadir dengan empat rekaan istimewa sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma ini, semua rekaan di dalam koleksi adalah juga hasil cetusan ilham idea Elfira bersama dengan sentuhan kreativiti pereka bentuk pakaian MC Vogue sendiri. Gaya minimalis yang diserlahkan pelakon berkenaan juga memberi inspirasi kepada pihak MC Vogue untuk menampilkan kolaborasi unik dengan konsep 'Fairy Forest'.
Koleksi ini menggunakan bahan rona lembut dan sejuk di mana setiap satu rekaan mempunyai tiga warna. manakala dari segi size pula, ianya terdiri daripada saiz S M dan L dan dijual dengan harga yang sangat berpatutan iaitu sepasang RM299 sahaja. Berkongsi keterujaan itu, Elfira Loy atau nama penuhnya, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri sendiri juga amat realistik dengan kerjasama terjalin. Mengenai sumbangan idea rekaan, Elfira turut dibuka ruang memberikan pandangan.
"Kolaborasi ini untuk musim raya saja, tapi saya optimis dan yakin rekaannya yang tidak terlalu rumit dan tidak berlebihan menjadikan ia tidak dimamah usia. Fesyen pun kini untuk semua. Jika kita ada keyakinan diri, apa saja boleh disarung," Elfira Loy
Pada majlis berkenaan, Elfira juga mengesahkan mengenai dirinya berbadan dua. Elfira atau nama penuhnya,Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri walau bagaimanapun memilih untuk merahsiakan usia kandungannya itu kerana berasakan lebih manis ia diketahui oleh keluarga terdekat sahaja. Tambah pelakon Qalesya itu lagi, dia juga akan memperlahankan kerjaya seninya sehingga selamat bersalin hujung tahun ini. Tahniah Elfira Loy!
Untuk mendapatkan koleksi ini, anda ada 2 cara iaitu secara ONLINE di mcvogue.com.my ataupun terus sahaja ke 20 cawangan MC VOGUE di seluruh Malaysia
Paradigm Petaling Jaya, IOI City Mall, Melawati Mall, Setia City Mall, Mytown Shopping Center, Empire Shopping Gallery, Aman Central (Alor Setar, Kedah), AEON Bandar Melaka, AEON Bandar Dato Onn (JB) dan Paradigm JB, Kuantan City Mall dan AEON Kelantan
xoxo
10 Comments
Look elegance the kebaya collection. So stylish and trendy. Love every piece of their collection.
ReplyDeleteMemang design bajunya nampak menarik - simplistic & chic at the same time. The detailing dia nampak menarik dan menambahkan nilai indah pada pemakainya.
ReplyDeleteCantik koleksi Raya for ladies. I wanted to get a set too so that I could wear it to join my Muslim friends for their Raya open house.
ReplyDeleteOrang dah cantik, mengena apa pakaian pun tetap cantik.. btw, selamat berpuasa.. :)
ReplyDeleteEna suka ikuti fashion die dari dulu. Memang cantik n trendy. Dari gaya tudung smpailah baju. Die pandai menggayakan semua. Sampai rizman penah cakap die ni ikon fashion sbb pandai terjemahkan rekaan yg die nak.
ReplyDeletehalah.. cecantik tau koleksi baju El.. berkenan sungguh.. tapi harga dia pun boleh tahan jugak kan ? 😅
ReplyDeleteBoleh tahan cantik jugak design Elfira X MC Vogue ni. Cuma tak pastilah harga dia affordable ke tak ye. Rasanya El lebih sesuai buat business camni dari bukak cafe lah hehe.
ReplyDeleteMemang vogue baju2 el ni. Rasanya sesuai untuk mereka yang besusuk kecil sebab banyak potongan ikut badan. Pemilihan warna kain jenis lembut mmg sesuai utk golongan muda
ReplyDeletelawa dan vogue sangat ....sesuai dengan elfira atau yang cutting macam elfira dan nak tiru macam elfira ...nampak bergaya nampak exclusive nampak vogue gittewww
ReplyDeleteFuh.. Kalau pakai baju raya meriah macam ni, orang dok pandang sesaja la. Sebab kelainannya. Lawa pun lawa kan..
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Thanks for reading!