Lokasi baru Restoran Rebung Chef Ismail berada di Taman Botani Perdana ni mampu mengisi hampir 500 pengunjung dalam satu masa, konsep restoran pula sangat unik dihiasi dengan barang-barang antik. Tahun 2018, buffet Ramadan di Restoran Rebung Chef Ismail berkonsepkan "Bazaar Ramadhan" yang mana mereka membawakan antara juadah dan menu yang paling popular di bazaar-bazaar Ramadhan yang paling popular di negeri-negeri di Malaysia
Antara bazaar yang dibawa ke Restoran Rebung Chef Ismail
· Bazaar Kampung Baru, KL
· Bazaar Taman Perpaduan, Perak
· Bazaar Pekan Rembau, Negeri Sembilan
· Bazaar Peringgit, Melaka
· Bazaar Batu Burok, Terengganu
· Wakaf Che Yeh, Kelantan
Hampir 80 jenis hidangan akan mengisi ruang buffet Ramadhan di Restoran Rebung Chef Ismail tahun ini. Selain daripada menyediakan menu-menu sampingan, antara hidangan utama yang akan disajikan, pelbagai jenis nasi seperti nasi putih, nasi ulam, nasi tomato, nasi hujan panas, nasi minyak dan nasi biryani yang akan dimasak mengikut hari-hari yang tertentu. Lauk pauk pula yang wajib dicuba ialah, Daging Salai Masak Lemak Cili Padi, Ikan Pari Masak Asam Pedas, Ikan Patin Masak Tempoyak, Masak Lemak Rebung dan Perut, Ayam Percik dan sambal-sambal yang menjadi identiti masakan rumah Melayu
Disamping makanan utama, konsep bazaar Ramadhan tahun ini akan mengetengahkan menu makanan kaki lima yang biasanya ada di bazaar Ramadhan, antaranya roti jala, murtabak, mee goreng mamak, char kueh teow, ayam percik, bubur lambuk, kuih onde-onde, ikan bakar air asam, laksa, popiah basah dan macam-macam lagi!
Harga
RM79.50 untuk dewasa
RM53.00 untuk kanak-kanak berumur antara 5-11 tahun
Pakej Bufet Ramadhan
Bermula dari 18 Mei sehingga 13 Jun 2018
Untuk tempahan
hubungi 03-2276 3535.
Written by ZayZainuddin and Edited by SizzlingSuzai
xoxo
1 Comments
Restoran Rebung Chef Ismail ni is one of my favourite. Menu semua very authentic macam ala-ala makan kat kampung. Banyak kali pergi tak pernah bosan!
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Thanks for reading!