Buffet Ramadhan 2018 di Pullman Putrajaya




Salam Ramadhan :)

Alhamdulillah, hari ni dah masuk Ramadhan yang ke-10. semoga ibadah-ibadah kita diterima Allah SWT amin.. so, dalam sibuk berpuasa tu, saya pasti ramai juga yang sibuk mencari tempat-tempat berbuka yang BEST dan PUAS HATI! meh nak kongsi satu event review yang sempat saya hadir sebelum masuknya bulan puasa pada sebulan yang lepas HAHA maaf lah kelewatan, sibuk sangat hidup saya pun jadi kelam kelibut!

PULLMAN PUTRAJAYA LAKESIDE sememangnya sudah terkenal dengan Ramadhan buffet yang ditawarkan sejak beberapa tahun yang lalu. KAWASAN BUFFET YANG LUAS dan konsepnya yang open roof memang sangat menarik! seriously, saya sangat kagum dengan keluasan kawasan buffet di sini, sampai tak sempat lah nak menjenguk semua booth!

"Magical Ramadhan Nights" adalah tema yang dipilih pada tahun ini dimana saya rasa ianya berkaitan dengan kepelbagaian hidangan yang ditawarkan? kerana selain menyajikan Masakan traditional Melayu, mereka juga menyediakan masakan international iaitu dari negara Arab, Italy, India, Thailand, Myanmar dan banyak lagi. semuanya UNDER THIS ONE ROOF!

Dah jom kita tengok sebahagian hidangan yang sempat saya captured.




Sebagai penggemar seafood, booth ini memang menjadi aim saya! BBQ yang ada sangat lah banyak pilihannya, cakap sahaja apa yang anda mahukan; udang, sotong, ketam?? even, satay yang dibakar secara live pon ada, so makan panas-panas, terbaik!









Kalau dah orang Melayu, tekak mesti nak cari nasi jugak la! HAHAHA hidangan lauk-pauk yang dihidangkan di dalam kuali supaya maintain panas ni sangat menggoda selera! Ya Allah memang tak mampu untuk saya rasa setiap lauk ni sebab perut dah senak sangat time ni tapi memanglah, sudut ulam-ulaman itu pun sangat membangkitkan selera. banyak sangat pilihan dan semunya FRESH!





OMG you know what?? mereka menyediakan sebuah bilik khas untuk dessert sahaja! PULLMAN WALK-IN DESERT ROOM Perghhh giler lah! saya sampai blank tak tahu nak rasa dessert yang mana satu sebab semuanya kelihatan sangat menggiurkan, last-last ambil Popcorn tu je! HAHAHA so, untuk siapa-siapa yang gemarkan DESSERT style hotel ni, korang sure pengsan keriangan!



Finally, saya nak highlight booth ni, OMG siap ada BUFFET DURIAN and its a free flow OK! means that, kau makan lah durian tu sampai pengsan! saya ni memang peminat no.1 durian, tiap kali musim memang mencari masa untuk layan buffet durian. Nah, sekali dorang bagi sini, dah lah FREE (means already include in the buffet price) UNLIMITED pulak tu! Nikmatnya dunia.............

So, guys masih sempat lagi untuk korang membuat tempahan buffet ramadhan ni Pullman Putrajaya ni, c'mon baru 10th Ramadhan HAHA ada lagi 20 hari kot?!


RAMADHAN BUFFET @ PULLMAN PUTRAJAYA

15th May 2018 - 14th June 2018
6.30pm to 9.30pm

Pullman Putrajaya Lakeside
No 2, Jalan P5/5, 62200 Putrajaya, Malaysia

FARE
Adult : RM188/nett
Kids : 110/nett

CONTACT
Tel : 03 8890 0000 | 016 8900 142 (Whatsapp)
Email : magicalramadhan@pullmanputrajaya.com

MEDIA SOCIAL



Photographed by SizzlingSuzai

xoxo

Post a Comment

0 Comments