Pak John Steamboat & BBQ
Lot LG-13A & LG-14A, LG Floor,
eCurve, Mutiara Damansara
HALAL CERTIFIED RESTAURANT
OK dah lama sangat tak cerita pasal jalan-jalan cari makan ni! mari saya kongsikan satu tempat makan yang sangat menarik dan saya rasa memang menjadi kegilaan rakyat Malaysia. So, this is the first ever HALAL certified steamboat & BBQ house in Malaysia! and owner pon Malaysian tau. yup its a local brand!
Tahniah guys as getting approval for Halal certification from Jakim is not an easy one, pesky sangat! you may check the HALAL certificate hanging on the wall behind the cashier yar, sorry i totally forgot to snap it since i was so excited over the foods! HAHA OK saya terangkan kenapa anda perlu ke Pak John Steamboat & BBQ ni :)
PILIHAN YANG PELBAGAI UNTUK BAHAN STEAMBOAT & BBQ
Memang teruja melihat bahan-bahan mentah / raw material yang segar ada di sini ni. dari sayuran ke seafood ke marinated chicken, beef, lambs dan ada juga skewers yang sudah siap disediakan, semuanya memanggil untuk diambil. yup tiada limitation, you may take whatever you want but please clean the plate yar, do not waste them!
yup this is unlimited, you may request as much as you want...
they will serve it on the plate.!
UNLIMITED SLICES
Bagi saya ini adalah TARIKAN YANG PALING UTAMA dan TERBAIK di sini! guess what? this upon request counter of lamb slices, beef slices, smoked duck and lots more adalah tiada terhad dan sudah pun termasuk dalam harga yang dibayar! again, cuma sila pastikan anda habiskan semua bahan yang diambil. bagi saya slices ini menarik kerana ianya dikerat nipis-nipis. so, bila masak tu dia garing tau selain cepat masak, sesuai sangat untuk orang yang tengah lapar haha adoi kecuq liuq!
they even got variety choice of dipped sauce!
PILIHAN SOS YANG BANYAK
Tengoklah pilihan sos / dipping sauce yang ada, banyak kan? yang pedas, yang extra pedas, yang manis, yang masam semuanya ada. ambil lah mengikut cita-rasa anda. saya suka campurkan sos-sos ini ke dalam mangkuk sup tomyam saya dan makan bersama bahan-bahan steamboat, pergh memang extra kick!
its not everyday but come on Thursday for this grilled lambs!
PILIHAN BUFFET MAKANAN PANAS
Tak cukup dengan bahan-bahan mentah, Pak John Steamboat & BBQ juga menyediakan makanan-makanan panas seperti nasi goreng, mee goreng, KAMBING GRILL / grilled lamb (pun ada! tetapi yang ini mengikut special menu harian ye which meant its not everyday). OMG dim sum pon ada! banyak pilihan kan? percaya lah anda pasti merasakan yang anda perlu merasa setiap satu makanan di sini!
and of course, i chose Tomyan soup!
PELBAGAI JENIS SUP UNTUK STEAMBOAT
Tak sangka bukan setakat bahan-bahan makanan ada banyak pilihan tau, sup steamboat pon ada dalam 5 jenis untuk dipilih. Wow sangat!
- Sup Tulang Berlada
- Sup Miso
- Sup Ayam
- Sup Kari
- Sup Tomyam
haha nampak tak BALIK Kerja tu !
CLEANLINESS / KEBERSIHAN
Saya nak highlight juga tentang isu kebersihan ini sebab bukan setakat keadaan persekitaran restauran ini bersih dan teratur tetapi mereka juga sangat perihati because you guys can request to change the grill pan to a new one! ye la bila kita dah masak macam-macam grill pan pon dah hitam dah takde rupa grill pan dah haha so, jangan risau minta je dekat waiter untuk ganti yang baru! memang Terbaik!
PELBAGAI DESSERTS DISEDIAKAN
Tak tahu nak cakap kagum macam mana dah because their desserts pon variety. ada Kaya balls and ada juga Waffle yang boleh korang request dekat kaunter ni. siap boleh topping ice cream okey, OMG, Pak John Steamboat & BBQ is absolutely awesome!
FREE FLOW DRINKS
Free flow drinks memang sesuatu yang wajib ada bila kita bercakap tentang buffet kan tetapi yang istimewa di Pak John Steamboat & BBQ ni, siap ada FREE FLOW COFFEE! OMG as a coffee addict this is so fantastic sebab saya boleh pilih jenis coffee yang saya mahukan dan minum lah sebanyak mana yang saya mahukan!
SPACIOUS DINING / TEMPAT MAKANAN YANG LUAS DAN SELESA
Jangan risau jika anda mempunyai ahli keluarga yang ramai atau mungkin bercadang untuk pergi bersama rakan-rakan sebab restauran ini memang luas dan selesa! gambar di atas hanyalah bahagian satu ruang buffet sahaja sebenarnya ada 2 ruang makan lagi termasuk BILIK VIP yang tertutup dimana sesuai untuk certain occassion atau mungkin anda seorang yang mementingkan privasi. yup, SANGAT-SANGAT SESUAI untuk majlis makan company or gathering sekolah ke or any occasion which involving bunch of people. just make sure you guys make a booking beforehand ok sebab masa kami tiba jam 7pm, tak ramai orang lagi tetapi masuk jam 830pm hampir semua table telah pun dihuni!
HARGA YANG SANGAT BERPATUTAN !
Betol dengan harga serendah RM29.90 anda dapat menikmati semua hidangan yang disebut di atas tadi tanpa perlu menambah apa-apa bayaran lagi. giler murah kan??? OK its absolutely FREE for Kanak-Kanak / Kids below 5 years old.
Pricing Buffet Package
Weekdays Lunch - RM29.90 (Adult) | RM14.95 (kids)
Dinner or Weekend or Public Holidays - RM39.90 (Adult) | RM19.95 (kids)
gemoknya i stress! haha Thanks CS Tammy! hello Kevin Nannie Piqah and Kak Amy :)
Official page | www.pakjohn.com
Official FB | www.facebook.com/pakjohn
xoxo
2 Comments
Teriba rasa lapar nak mkn pak john! Dapppnyeeewwwwww..
ReplyDeleteOMG CANTIK OUR PIC!! P.S... nak makan lagi after tengok ur pic..... ni...
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Thanks for reading!