Aku Haus Darahmu Review Dan 5 Sebab Anda Harus Menonton


SINOPSIS

Berlatar belakangkan era 80an, Lia (Nad Zainal) seorang ahli antropologi dalam bidang seni tarian bersama dua rakannya, Ezza (Farhanna Qismina) dan Arin (Zoey Rahman) mengunjungi sebuah perkampungan di pedalaman untuk membuat kajian mengenai sejenis tarian yang hampir pupus. Mereka memilih untuk menginap di homestay milik Cik Cempaka (Deanna Yusoff) yang selama ini hanya tinggal berdua bersama Cik Kenanga (Amalia Syakirah).

Seperti yang dijanjikan, mereka bertiga dibawa ke suatu tempat yang jauh dan asing dari perkampungan itu untuk melihat tarian tersebut yang dimana hanya boleh ditonton pabila matahari sudah terbenam. Mereka bertiga sangat teruja dengan setiap lenggang-lenggok serta perincian tarian tersebut yang dikatakan turun-temurun dari keluarga Cik Cempaka Sulastri.

Menurut Cik Cempaka, tarian ini sangat istimewa kerana hanya yang terpilih sahaja yang layak mewarisinya iaitu Cik Cempaka sendiri. Tambahan lagi tarian yang 'mengasyikkan' ini memang bisa 'menghantui' seseorang yang melihatnya jika tidak kuat dan yang sebenarnya, pada malam pertama itu Lia sudah pun dikuasai oleh 'tenaga' yang lahir dari tarian tersebut. 


Tingkah-laku Lia semakin berubah. Ezza dan Arin yang sedar akan perubahan itu segera mengajak Lia untuk pulang kembali ke bandar kerana dalam masa yang sama, Ezza dan Arin sering diganggu oleh pelbagai peristiwa seram. Namun, Lia yang tidak lansung diganggu apa-apa menafikan hal itu dan berkeras mahu terus tinggal dan melengkapakan hasil kajiannya.

Keesokan harinya, Lia terus menemubual Cik Cempaka tentang asal-usul tarian ini. Cik Cempaka tanpa ragu-ragu mengiyakan yang dakwaan tarian ini mempunyai unsur-unsur Ilmu Hitam adalah benar dan dimana darah si dara dan si teruna diperlukan dalam upacara tarian! Dalam masa yang sama, Ezza dan Arin telah menjumpai satu 'rahsia' dan berkeras untuk pulang dan meninggalkan sahaja Lia sementara mendapatkan bantuan.

Dapatkah Lia, Ezza dan Arin meninggalkan rumah tersebut? Siapakah Cik Cempaka sebenarnya?

TRAILER


Klik PLAY untuk menonton short trailer Aku Harus Darahmu, lakonan mantap Deanna Yusoff, Nad Zainal, Farhanna Qismina, Zoey Rahman dan pendatang baru, Amalia Syakirah.

MAJLIS PERLANCARAN

the casts and the award-winning dorector, Aidilfitri Mohamed Yunos.
Oh the fabulous Deanna Yusoff! OMG you are truly an incredible actor!
with the nice Amalia, her acting is real good though she is a newcomer. someone to look forward to!
with my buddies, Sya from www.stylebysya.com Anne and Firdaus

5 Sebab Anda Harus Menonton "Aku Haus Darahmu"

1. Tarian sebagai initipati utama filem ini, jadi barisan pelakon dilatih dengan sebaiknya untuk menguasai seni tarian daripada koreografi terbaik, Suhaili Micheline di Aurora Ballet School selama sebulan

2. Seriously, you need to see the DANCE ROUTINE. my fav scene ialah solo dance by Deanna Yusoff yang sangat-sangat mengagumkan. OMG memang naik bulu roma!!

3. Deanna Yusoff yang sememangnya hebat kembali ke layar perak filem seram selepas 7 tahun berehat.

4. Jangan risau, unsur sense of humor tetap ada dalam movie ni dimana watak 'si pengecut' Arin lakonan Zoey memang menggelikan hati.

5. Finally, you really need to watch this because my SWEET COUSIN, Farhanna Qismina is in the film! OMG im so proud, her acting skill is so much improving and yup, impressive! Congratulation dear :)

xoxo

Post a Comment

1 Comments

  1. memang tak layan cerita seram macam ni.. Hahhaa.. Sorry ye kak tak dapat teman hari tuuu.. Confirm jerit tak hingat dunia nanti..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Thanks for reading!