Khas Untuk Semua Gadis ;'(


Assalamualaikum....

 “Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (An Nuur: 26) 

Selalu dengar kan??? Entry ini sebenarnya khas untuk semua gadis-gadis yang belum berkahwin especially yang sudah menjaga separa kebaikannya dengan menutup kepalanya(aurat) dan mana tahu, mungkin dapat menjadi pedoman kepada yang masih menunggu 'seru' itu datang. ini bukan lah ceramah agama yer tetapi hanya nukilan hati saya sebagai seorang gadis berhijab yang merasakan maruah kami sudah tercemar dek kerana nila yang setitik itu!

Ketahuilah bahawa saya sentiasa sedar yang saya bukan lah 'perfect' dari segala aspek tetapi insyAllah, saya masih menjaga batas-batas saya sebagai seorang Hawa kerana saya sangat yakin yang Allah S.W.T masih melindungi saya dan terus-terusan melindungi saya. Alhamdulillah...Ya Allah, seriously perasaan ini sangat sukar diungkap dengan kata-kata, hanya air mata kesyukuran yang dapat mentafsirkan betapa kasih sayang Allah terhadap hambanya yang hina ini tidak terukur darjatnya....

Well, tiba-tiba sahaja malam ini kesedaran dan keinsafan datang dalam jiwa yang kosong ini selepas saya terbaca satu blog yang menyatakan betapa MARUAH GADIS BERTUDUNG sekarang sudah tercemar! beliau berkata jika tidak percaya cuba google-kan perkataan "Gadis Bertudung" maka macam-macam lah tajuk artikel atau images yang tidak 'senonoh' akan terkeluar. walaupun saya sedar betapa BENARNYA fakta ini tapi saya tetap lakukan seperti yang diarahkan. yup, itu lah RESULT nya! 

maka, saya tertarik untuk melihat dengan lebih jelas satu gambar gadis yang bertudung baik rupanya sedang tersenyum bahagia dicium pipinya oleh seorang Adam! NANTI, mungkin mereka sudah diijab qabulkan dan sah sebagai suami isteri? kesian kan kalau betul tapi kenapalah di-uploadkan gambar yang boleh mendatangkan fitnah itu? hmmmm.....maka, saya scroll dan terus meneliti satu-persatu gambar lain yang kebanyakannya dicuri tangkap oleh insan 'tidak bernama' dari celah-celah tangga/pokok/camera litar tertutup/yang terang-terang pon ada jerr...maka, adakah mereka ini kita patut andaikan sudah sah bernikah jugak???? lu pikirlah sendiri kan....

sorry, memang saya tak sudi nak menempelkan gambar-gambar tersebut di blog saya ini yang tidak lah 'sesuci' mana pun. jadi, jemputlah ke blog saudara ini yang telah berjaya mengingatkan saya dengan TAZKIRAH nya dan semoga menjadi ingatan jua untuk anda yang bakal melawat erk. CLICK HERE to view and also READ his reminder! kenapa sangat memberi kesan kepada saya? kerana beliau adalah seorang Adam yang menyatakan kekecewaanya terhadap gadis-gadis yang bertudung tetapi terpesong akhlaknya secara IKHLAS dan jujur tegurannya..

Nak tahu kenapa saya rasa tempiasnya?? saya tidak mahu membuat tafsiran jahat ke atas Adam ini dan saya tidak sesekali meletakkan dia sebagai pesalah kerana orang tua-tua kan cakap, "Pokok takkan bergoyang kalau takde angin yang bertiup". so, datang seorang Adam ini telah bertanya kepada saya adakah saya masih mempunyai tteeeetttttt?? (hopefully, korang faham lah~) Ya Allah, hanya Allah yang tahu apa yang saya rasakan ketika itu! rasa HINA SANGAT sangat dan saya sedar yang walaupun saya bertudung, orang di sekeliling tidak semua yang bersangka baik terhadap kita lebih-lebih lagi wujudnya seorang Adam seperti ini yang mengatakan dia pernah mengenali seorang wanita yang bertudung 'litup' tetapi sebaliknya 'menggoda' dia pulak kan. huh! SEKALI LAGI SAYA NYATAKAN bahawa "Pokok takkan bergoyang kalau takde angin yang bertiup" tapi ingin saya fokuskan kepada wanita tersebut kerana saya juga adalah seorang wanita dan bukannya Adam yang sepatutnya menjadi pelindung kan...

So, mari kita anggap sahaja apa yang Adam ini katakan benar dan dia bukanlah membuat-buat cerita hanya untuk 'memperdaya' dan 'menggoda' saya. huhu..sila menjadi open-minded untuk membaca luahan hati saya yang jarang-jarang ditulis ini erk. jadi dek kerana wanita yang mempunyai aqidah terpesong itu, maka Adam tersebut telah membuat tafsiran yang salah terhadap SEMUA WANITA yang lain, tidak kiralah yang bertudung dan apa ntah lagi yang free hair~ seriously, dengan selamba je dia berkata wanita sekarang tidak lagi menjaga 'mahkota' itu dan semuanya sama aje! Ya Allah, marah sungguh saya mendengarnya hingga bergenang air mata tau..huh! yer, memang selepas itu saya meng-'interview' dia tentang mengapakah dia mempunyai satu pemikiran yang 'tidak berlandaskan iman' itu kerana saya SANGAT TIDAK PUAS HATI dan selebihnya saya rasa sangat TERHINA! (yer, mungkin saya juga melakukan kesalahan yang menyebabkan dia meletakkan saya setaraf dengan wanita tersebut...nauzubillah....)

Dipendekkan cerita, Insyallah sudah saya terangkan apa yang mampu dan mungkin 'buktikan' pada beliau bahawasanya masih ada lagi gadis-gadis yang Allah kurniakan iman dalam dirinya walaupun mungkin tipis tetapi cukup tebal untuk melawan nafsu diri daripada menjadi seperti 'mawar yang sudah pudar warnanya?' atau 'mawar yang hilang durinya?' atau apa-apa aje lah kiasannya! hehe..sorry, memang saya berkias-kias kerana saya sendiri MALU untuk menulisnya dengan terlalu jelas. jika anda tidak memahaminya, maafkan saya kerana hanya ini yang saya mampu coretkan untuk dijadikan sebagai peringatan sesama kita erk...

Insyallah, mari kita doakan semoga Allah memberi peluang untuk Adam tersebut bertaubat di atas kesilapan yang mungkin pernah dilakukan dan semoga Allah menerima taubatnya itu...amin.. Mungkin ada yang masih blur. hehe..biar gambo-gambo ini jelaskan apa yang saya maksudkan dalam KARANGAN bahasa melayu SPM saya di atas! hahaha

sy xmo mcm ni....!!


sebab sy nk SELAMANYA mcm ni...amin...


hehe....the most perfect photos that could perfectly describe my feeling right now. Kak Irma and Abg Redza, i pinjam gambar wedding ni erk, jangan marah yer! hehehe..alamak, untuk alasan yang sangat murni, apa salahnya kan. hehehe....sebab you guys are perfectly matched by Allah and insyallah everybody is praying for your happiness..amin..  =) hamek hati seket sebab i dah 'curik' gambar dorang kn! haha i mmg sengal!

Maka, pembaca semua yang mungkin terkejut dengan ke-skemaan saya pada malam ini. saya hanyalah mahu berkongsi tentang apa yang saya rasakan dan telah alaminya secara REAL kerana teringat kembali apabila terbaca artikel seorang blogger itu. yup, THANKS a lot to him/her.

Insyallah, satu mahkota yang paling berharga dalam diri SETIAP gadis itu masih kental dipertahankan dan ianya hanyalah untuk suami yang saya nikahi secara sah di sisi Allah S.W.T dan assuredly, beliaulah Adam yang bakal saya cintai sehingga ke syurga...amin Ya Rabbal Alamin..  ;)



Ku tanya pada diri,
Aku ingin jadi tulang rusuk kiri siapa,

Pentingkah rupa?
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menyara,
Pentingkah iman?
Terdiam aku seketika.
Kerana diriku melihat diri sendri,
bagai tak layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi,
Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana kalu pemilik tulang rusuk ini ketahui,
Bertapa hinanya si rusuk kiri
Pasti dia menyesal sekali
Lalu ku tanamkan azam,
Tuhan masih memberiku peluang
Akan ku berusaha membaiki diri,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga pemilik tulang rusuk kiri,
Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti...


[Credit Nukilan Nan Indah Ini to iluvislam.com ]


Sign Out,
SIZZLING SUZAI ^^



Post a Comment

0 Comments