Surah Ali-Imran (185) :
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.
Surah Al-Munaafiquun (11) :
011. Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
Surah Al-Ankabuut (57) :
057. Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.
Surah Az-Zumar (42) :
042. Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.
Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعونَ ....
Ya Allah..memang saya terkejut dengan berita pemergian seorang kakak senior di sini. beliau adalah
Nurdiayana Nordin, pelajar jurusan engineering di IIUM juge. pada awalnya, saya kenal beliau melalui kawan saya tetapi setiap kali kami terserempak, beliau pasti tersenyum dan menegur saya seolah-olah kami rapat sangat...
huuuuuuuuuu...saya baru mengetahui berita sedih ini tadi selepas terlihat wall post FB beliau. Ya Allah..memang terkejut yang amat sangat kerana berita itu benar (yang pada mulanya saya sangkakan anak beliau yang pergi....isyh isyh) tetapi beliau sebenanya yang telah pergi meninggalkan kami semua pada malam semalam lagi...
Yang paling sedihnya, beliau baru sahaja mendirikan rumah tangga akhir tahun lepas, tak silap saya dan baru selamat melahirkan seorang zuriat pada kira-kira bulan 7 yang lalu..Ya Allah sedih benar mengenangkan anak dan suami yang ditinggalkan tetapi takdir Allah tiada siapa yang mampu mengubahnya..jodoh dan maut di tangan Dia..
Beliau seorang yang sangat baik, sangat lembut, comel, kecik jer tubuhnya dan yang paling penting solihah orangnya. iyer, memang jauh sangat jika nak dibandingkan dengan saya dan sebenanya tak layak pon hendak dibezakan..Ya Allah, semoga roh beliau tenang dan ditempatkan di tempat hamba-hambamu yang solih..amin...
Mari kita bermusabaqah sebentar, walaupun saya tahu saya sering alpa dengan keasyikan duniawi tetapi itulah gunanya tazkirah, peringatan untuk setiap khalifah di dunia ini. setiap yang berlaku itu memang ada hikmahnya, kita tak tahu dan kita hanya tahu bila ianya berlaku sahaja.
Alhamdulillah, beliau sempat merasa nikmat bahagianya berkeluarga dan sempat juga meninggalkan zuriat untuk suami tercinta. Ya Allah, baru-baru ini aku telah menyalahkan takdir yang telah Engkau tulis untuk seorang hambamu...ampunkan aku, Ya Allah dan aku bersyukur di atas nikmat kehidupan, kesihatan, kekayaan dan mungkin kebahagiaan (
yang aku tak pernah nampak pun...namun, aku tahu ianya wujud cuma aku yang tak merasakannya...) yang telah Engkau berikan untuk hambamu yang hina ini...Alhamdulillah...
Semoga keluarga dan sahabat-sahabat rapat beliau tabah menghadapi dugaan yang amat besar ini..jadi, marilah kita sedekahkan, Al-Fatihah untuk Allahyarhamah
Nurdiyana Nordin...
Al-Fatihah...
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Thanks for reading!